expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 31 August 2014

Lelaki Itu



Lelaki itu
dulunya,
seorang yang peramah
mudah menyapa dan disapa
menggembirakan sesiapa bersamanya
kini,
mudah mendiam
hanya selesa melihat gelagat
entah apa yang difikir
mindanya seakan kosong
hanya memandang jauh

Lelaki itu,
dulunya
selalu menyambut kepulanganku dengan gembira
pelbagai soalan yang ditanya
kininya
aku yang terpaksa berpura-pura gembira
untuk menggembirakannya
aku yang bertanya hanya mau dia berbicara

Lelaki itu,
dulunya, cergas menaiki basikal
berjalan melawat rakan-rakan
kininya,
hanya mampu terlantar di katil
dan hanya kadang-kadang duduk
menanti saudara yang datang melawat menceriakannya

Lelaki itu,
dulunya selalu gembira
menceritakan kejayaan anak cucunya
pernah kami adik beradik melarang 
janganlah dicerita selalu
demi melarikan diri dari riak
kininya 
bila lelaki itu selalu mendiam
barulah aku sedar
raikanlah keluargamu
jagalah hatimu
kerna masa itu takkan berulang

Lelaki itu
adalah guruku
tok wan ku
keluargaku

***

"aduh! aduh!" rungut wan pabila sakit menikam lutut.

"sabarlah, kita tu dah lama Dia bagi sihat" nasihat si isteri 

<3





Tuesday, 26 August 2014

Cemburu

salam

kadang-kadang terdetik dalam diri perasaan cemburu bila tengok orang lain dapat itu, dapat ini tapi kita tak dapat apa-apa pun... perasaan tu bukan kita yang nakkan, tapi ia hadir... dan kadang-kadang bila terjadi mungkin perlu lebih banyak istighfar... sebab perlu ingat siapa yang beri rezeki, Allah... adakah kita merasakan rezeki yang Allah beri kepada seseorang itu tidak adil.... ingatla Allah itu selamanya adil... siapa kita untuk tentukan dia tak patut dapat itu, dia tak patut dapat ini...

dan bilamana kita kata kita sayang sahabat, jangan cemburu atas apa yang dia dapat... sebab tu rezeki dia... dan bila bercerita tentang cemburu, teringat akan hadis 13-persaudaraan, iman & islam.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kasihnya kita buat sahabat tu sehinggalah kita sendiri merasakan apa yang terbaik kita dapat tu, kita nak juga kawan kita dapat. jadinya kalau kita cemburu tengok kawan kita dapat yang terbaik walaupun time tu kita tak dapat benda tu, kiranya belum cukup kasih la kan. heh. 

dan menurut apa yang diceritakan kak lin, bukanlah tak kasih sahabat tu tandanya kita tak beriman, tapinya iman tu masih belum cukup sempurna. so, sekarang ni belajarlah berkasih-kasihan... hahaaa

dan nak cerita kat sini jugak, ni antara tanda-tanda hilang rasa cinta sesama saudara:

 1. kita nak nikmat yang saudara kita dapat tu hilang darinya dan berpindah kepada kita

 2. kita nak nikmat yang saudara kita ada tu hilang

 3. kita tak nak nikmat tu hilang darinya, tapi kita cemburu lihat dia ada nikmat tu.

*nanti kena re-check balik sebab buku rujukan tak bawak balik, tapi gedik nak menulis*

jadinya perlu reflect balik diri sendiri, ada tak tanda-tanda tu kat kita... huhuh.. susahkan.. takpa. takpa. practice sayang sahabat. saudara... cuba untuk suka apa yang saudara kita dapat, walaupun waktu tu mungkin belum cukup ikhlas untuk suka. tapi kuasa yang Maha Esa kan, mana tau lama-lama tanpa sedar paksaan tu menjadi ikhlas :) 

dari saya,
hamba yang mencuba memandang saudara
dengan penuh kasih dan sayang.


*****

akhirnya dah berkarat blog ni, sebab dah lama tak menulis. hati karat mungkin. fuhhh



Monday, 21 July 2014

#8

Apabila diri diuji atas apa yang kita dakwahkan... memang sangat sakit... Moga Allah lihat. Moga Allah bantu....

Sunday, 29 June 2014

Ramadhan

dan bilamana telah lama tak jumpa famili sebulan pun, diri dah mula homesick.. inikan pula ramadhan sebelas bulan tak ketemu.. bukan rindu ka? mulanya memang tak. tapi akhir-akhir nanti memang rasa sangat sedih kan sebab dah nak abis. lepastu time syawal rasa macam tak sabar ja, ramadhan cepat sikit datang and then berharap sangat dapat jumpa ramdhan lagi..

well, nak diceritakan sebelum ni salwani memang tak rasa gembiranya macam orang lain nak sambut puasa.. bila naqibah tanya apa yang best waktu bulan puasa? selamba badak ja tanpa rasa bersalah cakap bazarr!! hahhaa.... smpai naqibah ckap, "haihh, kena psiko budak ni sikit ni".... yeahh, tu sebab nak tunjuk salwani ni memang rasa biasa ja.... ish2... salwani salwani.... dan tema tadabbur al-quran time tu pun memang surah al-baqarah.. salah satu surah yang menyatakan kita wajib berpuasa... kak adlin pun cerita la pasal ayat ni lebih kurang macam ni: 


nak kata kat sini, ramadhan tu adalah satu bulan tarbiyah, di mana setiap orang pada waktu tu mesti usaha sebaik mungkin memperbaiki diri supaya memperoleh taqwa. 

so, kat sini apa maksud taqwa? taqwa ni kalau yang femesnya orang cakap adalah keadaan sikap kita yang diibaratkan sangat berhati-hati ketika melalui jalan yang berduri. secara logiknya bila kita melalui jalan berduri, kita akan cuba mengelak sebaik mungkin duri-duri tu daripada terkena kita dan berharap semua yang baik-baik ja kan. begitulah taqwa, di mana kita berusaha sebaik mungkin membuat kebaikan dan kalau boleh tak nak langsung melakukan perkara-perkara yang ditegah Allah. sebabnya bila duri tu terkena badan kita, tentulah akan berdarah, manakala bila kemungkaran dalam diri kita, dah tentu iman akan terganggu.

mengikut kata-kata abul 'ala maududi,lebih kurang macam ni, tak dikatakan bila dengan berpuasa anda pasti menjadi orang yang soleh dan bertaqwa, sebab hasil puasa tu sendiri tertakluk pada pengertian dan niat orang tersebut. maksudnya sesiapa yang memahami tujuan berpuasa(bertaqwa) dan dia pun cuba sedaya upaya mencapai tujuan puasanya tu, pasti akan menjadi orang yang soleh dan bertaqwa. tapi, bagi orang yang cuma tahu tapi takda action, jangan diimpikan untuk meperolehnya. begitulah...

jadinya macam mana nak memperoleh taqwa tu? caranya adalah dengan membuat apa sahaja kebaikan dan meninggalkan benda yang dilarang. dan di dalam al-quran pun banyak disebut bagaimana sifat orang yang bertaqwa tu. 2nd juzuk pun dah ada sebut: 
  • beriman yang gaib
  • melaksanakan solat
  • menginfaq
  • beriman kpd al-quran dan kitab2 sebelumnya
  • meyakini adanya khirat
dalam surah lainnya al-imran
  • menginfaq
  • menahan amarah
  • memaafkan kesalahan orang
  • segera bertaubat jika melakukan kesalahan
dan banyak lagi. carilah. al-quran tu kan guidance from Allah swt. kita takkan tahu apa contents al-quran tu kalau kita tak tengok makna dia kan. jadinya sambil-sambil baca al-quran bulan puasa tu, hayati-hayati lah jugak makna dia ^^ . mana tau tersentap, pastu terus jatuh hati... 

dan dikatakan, bulan ni kan bulan tarbiyah kan.. bulan universiti... maksudnya dalam bulan ni kita dididik dan mendidik untuk menjadi yang terbaik... manakala untuk bulan selepasnya pula bulan kita di alam pekerjaan, penuh dugaan... nak lihat kita apply tak apa yang dah kita didik diri kita dalam bulan ramadhan tu... tapi jangan la risau andaikata perubahan kita tu cuma sedikit. sebabnya yang penting ada perubahan dan amal bertambah sikit kan? dan ingat, waktu bulan-bulan yang syaitannya tak diikat ni lah kita sangat memerlukan peringatan buat diri sendiri supaya dapat kekalkan tarbiyah tu... dan disini lah gunanya sahabat-sahabat yang baik dan baiah yang soleh, yang sentiasa mengingatkan kita, almaklumlah imannya manusia tu turun dan naik... *ok cakap macam senang kan* hadoiii... but, lets practice hokeyyhh ^___^

Dan jangan lupa fight our nafs! Jangan bila syaitan dirantai, kita yang menanamkan syaitan dalam diri...


Tengok!! Sebenarnya syaitan dgn nafsu tu bestfriend!
Gambar dalam frame tu bukti.. ish3

okeyhh... sampai sini saja. ingatkan nak cerita banyak lagi. tapi ni tengok macam dah terpanjang dari yang dijangka. so, stop sini dulu.. insyaAllah, ada masa nak share lagi apa yang diperoleh, difahami, dibaca :))

Happy Ramadhan kareem everyone! moga beroleh ketaqwaan




Sunday, 1 June 2014

Please read.. I need ur advice

Kita tertanya tanya bilakah Islam akan mencapai kemenangan.... Sini nak share sikit kata-kata seorang ukhti.... For me, Islam kalau nak menang mestilah time tu penganutnya sangat-sangat hard core... Maknanya, bukan calang calang orang lah penganut Islam time tu... Tengok sendiri Allah beri kemenangan pada sultan muhammad alfateh, bukan saja pemimpin yang baik.... Tapi rakyat pun mantap!!! Zaman kita ni? Rasa-rasanya layak tak mecapai kemenangan? Sana sini kes rompak, pukul anak, rogol, dengan hiburan lagi... Layak kah kita? Zaman sultan al fateh tu baru konstantinopel... Ni yang saya sedang cakap ni, dunia ni.... Layakkah Islam tu menang zaman sekarang....? Dunia tu sangat besar ya, bkn sekecik konstantinopel... For sure lah rakyat n pemimpin dia sangat-sangat hebat kalau Islam ni nak menang atas dunia... Kita ni tak kikis lagi kàrat-karat dalam diri kita... Bagi saya sendirilah, kenapa negara kita tak dilanda peperangan macam palestin, syria etc? Knapa? Semua sibuk nak pergi berjihad kat sana, nak berperang kat sana... Sebab kita sendiri tak habis lagi berjihad dengan diri kita sendiri, tak mampu melawan nafsu sendiri..... Kita masih sayangkan dunia ni, jihad nak lawan dari bukak facebook, blog, drama, movie pun tak mampu... Nafsu tidur pun tak mampu tahan.... Inikan bila Allah bagi peperangan... Rasa-rasanya mampukah kita? Saya nak kita tepuk dada tanya diri.. Betulkah kita mampu?

Yeahh i know that i'm a a bit harsh in this post, tapi ni sebab dah terpaksa.... Sebab diri sendiri pun dah tak mampu nak lawan nafsu suka sangat tidur n suka sangat buka facebookkkk..... Any suggestions untuk kita sama-sama berubah?

*and please betulkan if apa yang saya cakap/faham salah. Thanks

Saturday, 31 May 2014

Housemate lama saya.. I miss u all


Yeahh assalamualaikum..

Tulis dan delete.. Kemudian taip lagi dan terus delete... Aihh... Idea ada tapi tak pandai nak letak ayat... Macam mana ni? Perlu masuk kelas sastera kah? Dulu tak suka bahasa melayu tapi sekarang baru sedar betapa rindunya nak belajar dengan bahasa kebangsaan tu...

Sekarang dah 3 minggu dah dengan housemate baru.. Dah 3 minggu tak duduk serumah dengan housemate lama... Betapa saya merindui housemate lama... Sangat. T_T... Tipu cakap tak rasa apa apa.. Hampir 3 tahun serumah.. Masakan tiada memori...

Housemate lama mengajar diri menjadi a good muslimah.. Mungkin housemate saya tak sedar, tapi ketahuilah i learnt a lot from all of u. Dari malas nak kemas rumah kepada seorang yang rajin mengemas.. Dari yang malas nak bangun buat qiam kepada yang sedang berusaha melwan nafsu tidur... Dari seorang yang kedekut tapi boleh ja kata "eh xpa lah pinjam jaaa"... Dari yang malas study kepada yang "eh, kena study ni"..... Housemateee :(

Itulah, persekitaran dan usia membentuk siapa kita... Dan sekarang bersama housemate baru... Dan pasti, banyak juga yang akan dipelajari dari housemate baru.. InshaAllah... Lihat dengan mata hati... Peluang dapat duduk dengan chinese ni, please tunjukkan kita umat terbaik... If kita tak dapat tarik mereka kepada Islam pun, moganya bila mereka melihat kita, cara kita, akan ubah persepsi mereka terhadap Islam... Qudwah hasanah tu penting...

***
Oh yaa.. Saya sangat suka memerhati.. Perhati dan hadam... *mcm scary pulak* hahah


Wednesday, 28 May 2014

Secebis entri pembuka entri

Salam.

Sudah lama kiranya saya tak menulis apa apa dalam blog ni... Tidak punya perasaan untuk menulis sedangkan ideanya ada... Yeah dan mungkin jugak saya telah ketandusan idea. Kerna, idea itu boleh datang dalam pelbagai keadaan... Samada melalui pembacaaan, pemikiran dan pengalaman... Kiranya jika tidak ada idea itu, boleh ku kira sebagai kurang menghayati dari hati... Sebab saya sendiri percaya, perjalanan di dunia ini penuh pengajaran... Ianya terpulang kita mahu lihat dari mata hati atau tidak...

*sudah lama mikirkan mahu guna kata ganti nama apa dalam penulisan, akhirnya takdir menentukan untuk menggunakan 'SAYA'.. Kerna ianya lebih kelihatan sopan dan tak kasar... Tambahan kawan sendiri cakap pelik bila menggunakan aku... Ialah, mana pernah saya menggunakan aku dalam percakapan... Huhuhu... InshaAllah ketemu lagi di next entri... Perlu masa untuk menulis..:))

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...