expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 10 August 2013

antara kenangan SMKI

 hasil kreatif reani yang ada pada saya..

waktu form 2... waktu birthday saya yang comel ni... hahah.. sis of seven <3
birthday card.
husni aka uni.rohani aka ro.hazwani aka wani.saya.hidayah aka dayah.reani aka nina.faizah aka pae

tak ingat waktu bila.. sama ada form four ataupun form five...
kartun reani,saya dan ila.

benda ni sangat bermakna... ingat sampai sekarang..
waktu matrik dulu, siap bawak lagi kertas ni lekat atas meja study...
hahaha...

secara jujurnya sahabat-sahabat aku itu antara yang terbaik.
walaupun adakalanya bergaduh
bukankah ianya seperti adik beradik juga
air yang dicincang takkan pernah putus
inshaAllah.

moga-moga kita dirahmati Allah. :)

Sunday, 4 August 2013

#3

harini Dia kirimkan ujian.
dgn izinNya aku dapat harunginya.
Aku tak boleh minta untuk dijauhkan daripada ujian
sebab Dia tak pernah menjanjikan yang beriman kepadanya tidak diuji
melainkan akan tetap diuji.
dan aku percaya
setiap ujian yang diturunkan
mesti Dia tahu aku dapat harungi
dan setiap ujian
sudah tentulah disebabkan Dia sayang hambaNya
aku bersyukur
dalam banyak-banyak umatnya
aku diuji walaupun sekecil-kecil ujian
:)

..dan ketahuilan Allah takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. ( Al-Baqarah : 286)



Sabda Rasulullah SAW:
Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cobaan. Sesungguhnya Allah ’Azza wa jalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi).


Saturday, 3 August 2013

Ikhlas


Ikhlas.
mana pergi
dulu aku sering persoalkan
kalau aku buat sesuatu yang baik
apa orang akan pandang
sengaja nak menunjuk?

sampaikan aku sendiri takut
takut untuk mendekati baik
takut aku buat hanya untuk menunjuk
takut diri sendiri tak ikhlas.

rupanya, aku takut bayang-bayang sendiri
mungkin
ataupun takut akan pandangan orang
entah.

****

tapi kini Alhamdulillah kurang sikit
mungkin

set dalam hati
ikut ja orang buat benda baik
takkan nak biar dia ja masuk syurga
kita? tak nak kejar sama jugak??
syurga kut?
semua di dunia ni adalah untuk kejar di akhir
syurga.

****

seorang adik yang aku hormat, afiq s. namanya.
dia cakap *ni ikut apa yg aku ingat la*
kita takdak masa nak fikir
kita ni ikhlas ka tak buat benda-benda baik ni semua
seriusly bazir masa ja fikir
bnyak lagi yang kita perlu fikir
perlu untuk kita buat
demi untuk kejar syurga
fikir itu.

****

jadinya bila pikir macam tu, aku mesti berkobar-berkobar nak buat sesuatu. asalkan benda tu baik, sunat, dapat pahala, etc....
mesti rasa macam
'eh, mana aci dia buat! kena ikut jugak nih!' :P
nak dapatkan syurga tu tak mudah. ia mahal :)

****

tadarus kejap dengan kawan tadi kat surau sementara tunggu azan maghrib.
tiba-tiba dah azan
takdak makanan ringan yang ada untuk berbuka
atiqah, dia hulurkan kit kat
walaupun kecik
kitorang semua share sama-sama
rasa macam sangat disayangi
aku suka moment tu
keprihatinan kawan.
kuasa ikhlas atiqah mungkin

untuk hidup bahagia
setiap benda yang terjadi dalam hidup
aku perlu belajar hargai ia dalam bentuk bahagia
:)

---------------

aku suka dengan pernyataan tu
"Islam tu bukan hanya sekadar ikutan, tapi pemahaman"

banyak lagi aku perlu belajar dari sebuah kehidupan.





Saturday, 13 July 2013

Fungsi yang tak berfungsi



jalan-jalan dalam supermarket. tiba-tiba nampak pencuci muka abc.
description: -cleans deeep down into pores, throughly removong dirt, oil and make up
                  -uv whitening skincare
                  -complete relief from acne in 14 days

kita pun beli dengan berharap lps ni muka licin, 
halus bak siti nurhaliza.
putih bersih bak adira

dua minggu berlalu
burung berkicauan, ombak menghempas pantai
pokok goyang-goyang sepoi-sepoi bahasa ditiup angin

pandang cermin
lihat wajah
tenung tilik kulit-kulit

"aisshhhh!!! tak hilang pun jerawat!! banyak lagi ada laa"
"tak nampak putih pun! sama ja"
"berminyak ja muka!!"
"penipu! penipu! penipu!! produk tak boleh percaya!"
~~pffttt...

beli mahal-mahal tapi takdak apa-apa effect
umpama pencuci muka tu tak berfungsi
baik buang jalah!
beli pun membazir!

itu kita
hilang sabar
marah pencuci muka 
tak berfungsi seperti yang sepatutnya

****

dilahirkan kita sebagai bayi yang comel 
ibu, ayah semuanya gembira
mengharapkan kita jadi anak yang soleh, solehah
dapat membantu ibu ayah bila dewasa kelak

namun jangan kita lupa alpa
bukan itu sahaja
kita pernah mengucapkan syahadah di alam rahim lagi
Asyhadu An La ila ha illalah, waasyhadu anna Muhammadur Rasulullah
Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, 
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
dan begitu juga ungkapan itu diulang-ulang waktu belajar agama ketika sekolah
dan juga di dalam solat.

berdasarkan syahadah
kita akui Allah adalah Tuan kita, yang memiliki kita
kita bukan milik kita, bukan milik keluarga kita
tetapi kita milik Allah
apa yang Allah beri pada kita
semuanya milik Dia
tangan, kaki, mulut, telinga, rambut semuanya milik Dia
tiada kita punya

jadinya. bila kita akui Allah tu tuan kita
segalanya yang ada pada kita ni kena ikut apa yang tuan kita mahukan la kan?
macam pencuci muka tadi
marah kita sebab tak berfungsi seperti apa yang tercatat
begitu juga tangan, mulut, telinga etc yang kita ada ni
mesti ikut arahan tuan

Allah larang kita mengumpat, tapi kita mengumpat jugak
larang kita mencuri, tapi ada jugak yang mencuri
suruh kita tutup aurat, tak nak tutup jugak
marah tak Allah bila apa yang disuruh kita tak buat
yang dilarang kita buat?

kita buat badan kita ni kita punya
ikut aturan sendiri
umpama kita ambik hak Allah la kan
perampas!
sanggup kita merampas hak Allah
aduhhh..

kalau ikut kita yang hilang sabar tadi tu 
mesti dah buang pencuci muka tu, ganti yang baru
tapi Allah masih bagi kita peluaang hidup
tak tarik nyawa tika diri ni memperlakukan apa yang diberi ikut kehendak sendiri
Allah itu Maha Pengasih, Penyayang
jangan lah kita ambil kesempatan wahai diri
jangan....

ilham: Dasar-dasar Islam-Abul A'la Maududi



tarawih



solat brjemaah kat umah. tok tak larat jalan.

krikkkkk *bukak pintu*... tok cik masuk... solat sekali

tok cik: tak bawah sejadah

~~~saya g ambik sejadah~~ hampar cun cun~~

saya tindan sejadah tok cik atas sejadah sejadah eden..

~~tinggal saparuh ja sejadah den~~

tok den : kecik jadi sejadah dik ahhh

saya: kena rapat-rapat

saya: (x puas hati lg) KENA LURUS DAN RAPATKAN SAF!!!*cakap kuat2* hahaha

wan: *pusing belakang* haahhh??

saya: dak aih, dik ah kata kena lurus dan rapatkan saff

mak: hahah

**den ka saya?? whateverrr!

***

klu solat kat umah boleh la main aci tindan sejadah ikut suka.. klu kat masjid acane tu haaa nak ckp??

eden dah lama ni haa nak bgtau famili den kena rapatkan saff... tp eden tak berani haa nk cakp.. ada masalah eden ni haaa... baru harini eden berani ckp cmtu.. tu pun mcm ckp main lawak2... lps ckp eden gelak haaa.... hahaha

Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).

salam Ramadhan :)

Monday, 8 July 2013

bookmark





yyayyy!!! Alhamdulillah... berjaya buat bookmark guna kain felt!! :D
walaupun dh lama beli, hampir setahun dah kut kain felt tu terdampar jadi duyung
harini baru terasa nak buat.


****

semalam belanja mak & adik makan seafood di tanjung dawai
seronok semua sebab perut penuh
hati senang.
sungguh, itu rezeki dari Allah
moga-moga kita tak lupa mereka di sana
fakir. miskin. rohingya. palestine. syria etc.
inshaAllah.

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...