expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 14 August 2016

Kagum

Dalam banyak-banyak manusia sekarang ni yang aku penah tahu kisah hidup dia, kisah hidup mizz nina yang aku kagum, amazed, sanjung, hormat etc. Macam mana la dia boleh kekal istiqamah dlm kebaikan. Sedangkan sebelum ni dia 360 degree beza. Ya Allah kagumnnyaaaaaaa T.T

Saturday, 16 July 2016

Hidup berpaksi budaya

hidup dengan budaya tu bagus
hidup berpaksikan budaya tu hancus.

bila mana teras agama diletakkan di belakang
budaya diagung-agungkan, adat resam diutamakan
jadilah kita hamba hanya pada nama
bukan pada kata kerja

****

dan setiap kali ramadhan dan aidilfitri
setiap kali tu lah akan aku ingat
peristiwa perubahan yang aku lakukan

yang mana 2 tahun lepas
aku nekad no more salam dengan pak sedara (adik perempuan mak kawin ngan pak sedara)
no more free hair dengan pak sedara

there was no one to remind us(me and adik) about hijab in between paksedara and anak sedara
there was no one to remind us about salam-bersalaman in between paksedara and anak sedara
even in our family, hormat orang tua tu bagus
jumpa orang lebih tua dalam family mesti salam
jumpa orang muda 20an, 30an tak payah gedik la salam
that was bread and butter in our family before this

until there was a time
Ila came to my my aunty house
and suddenly it come across my mind, regarding hijab, mahram etc
i google and learn who are my mahram,  with whom i need to wear tudung and don't salam

dan bila dah tau
seriously, it damnly difficult to make a change
daripada free hair depan pak cik kepada tetiba nak bertudung
semakin susah bila budaya tu dah jadi batu dan bata dalam kehidupan sendiri
which is batu dan bata tu sangatlah kukuh
sangatlah susah untuk dipecahkan

daripada pelbagai method ke method yang lain
daripada pakai sweater with hoodie
kepada pakai towel time makan (lol)
bila ditanya tak berani luah kebenaran
takut judgement manusiawi
hingga lupa bagaimana judgement sang penguasa langit

and yes
dah 2 tahun perubahan
the most effective way is to explain
ask and explain
so that everyone will understand
because not everyone aware about this
and up until now still masih ada koyak dan lubang
but much more improvement can be seen

****

thank you to MrTheAllShared for those video yang memang lawak on how to elak salam
even aku tak practice pun cara korng,
tapi benda tu mmg akan mengingatkan kisah diri sendiri
and ofcourse panduan kepada yang masih mencari dan yang masih dalam keadaan kabur

thank you usrah
because of usrah i'm trying very hard
to be better

thank you kepada hati
yang masih kuat mahu berubah

dan syukur alhamdulillah kepada pemegang hati
kerana memilih hati ini untuk berubah
kerana memilih hati ini untuk terus cekal
terima kasih.






Thursday, 7 July 2016

Pro.

lama betul tak tulis fail exam. ya, kali ni aku fail lagi T.T .. fail untuk exam yang sangat-sangat bermakna dalam medical programme. fail pro 3 exam, final year exam. siapa la tak sedih kan bila diri sendiri tak dapat rasa happy jugak macam kawan-kawan lain yang lulus exam. tapi Allah tu betul2 berkuasa atas segala sesuatu. even kita try sekuat mana pun study, try sehebat mana pun untuk ingat apa yang kita baca, kalau Dia kata tak, maka tak la.. sapa la aku nak menidakkan takdir sendiri…

teringat lagi bila dapat tau aku exam untuk first day, padahal time tu bergunung lagi tak baca.. terdetik tak nak amik exam, give up.. time tu 50-50, nak teruskan exam or nak minta terus failkan n amik exam
untuk next 6 month… rasa sangat berat untuk aku yang memang student yang sangat biasa untuk exam  day1.. sangat berat.. hinggakan xda perasaan time tu.. tp tetap teruskan sebab rasa better try daripada terus give up… malam exam tu tetiba terjaga 230am, palpitation sangat2 and x boleh tidur langsung… dan pagi tu, telefon mak, and nangis.. perasaan memang sangat lain… rasa sangat2 tak yakin.. and the rest is history and I failed the exam.

dan nak kata betapa Allah tu maha mengetahui,… dalam hati dan perasaan aku lepas exam, aku katakan  kalaulah aku lulus exam, aku betul2 tak yakin aku akan survive housemanship sebab banyak lagi tak tau... dan aku sangat takut nyawa manusia tu aku sia2kan… sedangkan nyawa tu sangat2 berharga untuk setiap orng.. sebab kita tak pernah tau, maybe nyawa yang kita sia-siakan itu yang akan membawa dia kembali kepada Allah.. dan bila result keluar, of course sedih and at the same time ada rasa bersyukur, masih diberi peluang belajar sebelum aku banyak buat salah… and up until now, perkara yang membuatkan aku redha dgn ketentuan adalah bila aku fikir, klau aku lulus sekarang, ada probability I might killed anyone dan sangat sedih if that person ada niat utk berubah to be a better person...

Thank you for those yg try utk tenangkan slwni, bagi support etc.. tp yang lawaknya semakin orng try utk tenangkn semakin teruk pulak nangisnya.. hahaha..
Yg x pernah putus bg kata2 smngat sejak aku penah putus asa sem3 dulu.


Fatin. Usrahmate
Amalia jr. 
Habib. Buddy y2... selalu support buddy dia.. sanggup call pkul 12 pagi nak pastikan kakak dia x nangis ;)
Prof ya, batchmate
K.jiha <3
Kwn matrik, mbbs usm.. yang selalu bg support
Kak farahin <3
Buddy y3, tinie.. selalu bg semangat hampir setiap mggu before exam, treat me as kakak sbb dia kata dia xda kakak <3
thank you hawa, hana, sal yang always beside me <3
to ila, jgn rasa bsalah. slwni tau ila always support slwni. syg ila jgk (isshh... slwni nangis ni!!)

Doakan.

Yes. Allah takkan menguji di luar kemampuan.

.
.
.









Friday, 10 June 2016

Diari migraine

Lagi 9 hari nak exam, kesihatan buat perangai... mula dengan urti bebrapa hari lepas and pagi td first time dpt migraine pain score 9/10... sakit yang amat.. sblom ni trtanya2 mcm mana sakit sebelah kepala ja, n pagi td Allah bg rasa... rasa mcm kena tarik segala nerves bagai dari dpn smpai blakang smpai rasa nausea..lol... alarm kawan bunyi pun x dpt tahan dengar sbb kawan x bngun2... hahaha... muka pun tetiba rasa kebas, tp still boleh ckp n tgn boleh gerak... muka kebas x tau la plak sx of migraine ka tak ka smalam aku dpt stroke sbnrnya... kui3... i really need to rest sbb skrng ni still sakit sikit... tak sangka, decide nak bngun pkul 4 nak study psychiatry sbb nk p klas revision harini, tp pkul 4 pg tu dpt hadiah sakit plak... sedih... klas revision pun tak pi.. sedih lagi... apa pun tak dapat... tp ada hadiah lain yg aku rasa Allah nak bagi, Allah nak bagi aku rasa nikmat kesihatan tu sndiri...

Tuesday, 17 May 2016

Dakwah



"mak cik harap awak faham" sambil selak buku bacaan doa.

"hmm.. okay-okay.. tp kalau anak mak cik bagi saya clerk, kira boleh eh makcik?" tak nak mengalah

"okay,, yang tu nanti kena tanya dia la.. tapi mak cik rasa macam tak kot.. dia segan"

hati ibu mana tak luluh, tak sedih... anak yang dikendong 9 bulan dalam perut, kemudian didukung waktu kecil, dijaga penuh kasih dan sayang hingga dewasa, kini menghidap HIV, syphilis...

hati ibu mana tak terguris, setelah didikan yang diberi sejak kecil, si anak akui sudah terlanjur... homosexual... hati ibu mana tak menangis..

muka sedih si ibu, penuh pengharapan, doakan si anak.. tak henti-henti melihat si ibu pegang buku, tunduk berdoa dengan penuh pengharapan... seusai azan, jumpa lagi si ibu di surau.. sejujurnya, hanya senyum yang mampu diukir si ibu...


*****

teringat waktu posting surgery lepas, datang klinik lelaki sebaya aku bersama si ayah, single, masih belajar, complain of inflammation of testis... beriya-iya si ayah cerita pada doktor kisah sakit anaknya, tanya si anak kemudian confirmkan betul tak apa yang ayahnya ceritakan...

mungkin seakan dapat merasakan ada sesuatu yang si anak mahu rahsiakan, ayahnya undur diri keluar terlebih dahulu.. biarkan anaknya bercakap dengan doktor...

aku yang pada waktu tu sudah tahu kisah si anak, sexually active, single partner... hanya mampu melihat si ayah... jujurnya, letakkan aku di tempat si ayah, aku sangat sedih.. 

*****

bila difikirkan balik, ni la situasi yang akan aku hadapi nanti... entah berapa banyak kali aku tak tau akan jumpa kes-kes macam ni.. mungkin sebanyak kali tu jugak air mata tu boleh menitis bila lihat parents yang bawa anak jumpa doktor... apatah lagi bila parents tu meletakkan 100% kepercayaan pada si anak...

ini generasi aku. ini generasi aku. 

betul, Allah Maha Pengampun. Allah lihat pengakhiran. betul. 

tapi, andai kata pengakhiran kita tak sempat bertaubat? makanya di mana pengakhiran tersebut.

*****

andai Islam, meresap masuk dalam diri, andai letakkan akhirat itu di hati, andai tahu Allah itu memerhati mungkin tak terjadi sebegini

bukan nak menyalahkan seratus peratus kepada pesakit

tapi salahnya juga kita yang tahu tapi tidak menegur

*****

last week aku hadiri daurah dakwah ilallah, dakwah fardiyah... at the end of daurah, murobbi and murobbiyah (this is my first time joining daurah gabungan) bersungguh-sungguh planning nak kumpulkan adik-adik yang akan masuk asper minggu depan so that kitorng dapat tarik diorang ni masuk usrah...

aku yang time tu baru lepas habis daurah sepatutnya bersemangat membara-bara la kan nak ajak adik-adik asper join usrah, tapi sebaliknya merasakan apalaa kakak-kakak ni semangat sangat dah knapa.. LOL... frankly speak, diorang sangat bersemangat...
(p/s: usrah tu memang bestt!!)

Kejahatan yang tersusun rapi akan mampu mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun rapi.” -Ali bin Abi Talib ra
*****

now, baru aku sedar, if tak start dari awal ajak diorang ni kepada kebaikan, maka akan berlambak-lambaklah generasi akan datang yang tak terbimbing.. sebabnya tak semua mahu mencari sendiri kuliah-kuliah agama, dekatkan diri dengan sahabat-sahabat yang baik... so, perlunya kita yang menarik diorang..

as long as diorng ni ada usrah/terikat dengan masjid contohnya, hopefully berkurang kes-kes macam ni... sebab adanya orang yang saling ingat mengingatkan setiap minggu... inshaAllah

*****

teringat kata-kata kitorng time daurah haritu, muwajih tanya why kbnyakan dari kita tak nak buat dakwah, mostly ckp diri sendiri tak baik, diri sendiri tak cukup ilmu, rasa berat, nanti kawan dh tak suka kita, tak pandai.... lol... banyak la kitorng bagi alasan

note: dakwah merupakan satu usaha seseorang atau berkumpulan untuk menyeru manusia dengan menggunakan beberapa pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredhaan Allah

then kitorng ditegur, bayangkan andai Rasulullah pun rasa berat nak buat dakwah, rasa malas, agak-agak Islam tu sampai tak kat kita sekarang. agak-agak la kita ni agama apa la kan... so andai kata kita ni malas nak buat dakwah sekarang ni, menunggu orang lain buat dakwah, agak-agak apa la akan jadi generasi akan datang...apa akan jadi kat waris-waris kita nanti... mungkin Islam tu hanya sekadar nama... huhuhu



*****

note to myself: kalau kita malas buat dakwah, orang lain tetap akan buat. at last, kita akan tertanya-tanya adakah kita turut menyumbang atau hanya sekadar menurut.


well, i know that maybe i'm not the right person to talk about dakwah.. usrah pun baru 2 tahun, sekolah pulak sekolah budak2 sosial tahap hebat benau. lol.. tapi u know what, aku Islam dah 24 tahun.. fullstop.

Sunday, 15 May 2016

Solat --> hindari kejahtan dan kemungkaran




Al-Quran telah menegaskan bahawa mendirikan sembahyang menurut tata tertib yang sempurna sebagai suatu bisikan dan munajat kepada tuhan, akan dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan, juga akan berupaya membimbing akhlak dan gerak geri hidup ke jalan yang sejahtera terpelihara dari segala anasir yang menyebabkan kerosakan derta terhindar dari melakukan sebarang perbuatan dan tindakan di luar batas-batas kesopanan. Firman Allah:
Dan dirikanlah sembahyang, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran." (Surah al-'Ankabut:45)

sumber: Hadith 40; Mustafa 'Abdul Rahman

Saturday, 30 April 2016

Reminder For Me

(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan. [61:3]

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...