expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 2 January 2015

Akhirat

Salam.

Sejak akhir-akhir ni rasa macam terlalu banyak benda yang difikir, rasa macam terlalu banyak benda yang kena buat, tapi tak berjaya buat lagi, sebab tak dak keberkatan masa mungkin... Kadang-kadang rasa sangat letih, malas, sedih, rasa nak hempas barang(ekekek), rasa macam tak mau senyum kat semua orang, nak buat muka monyok ja... Hahaha...

Okay itu intro yang takdak kena mengena pun. Semalam salwani jumpa kawan sekolah rendah yang dah hampir 5 tahun tak jumpa... Pi borak-borak dekat taman warisan... She change a lot. Seronok ja tengok... Jelous2... Macam-macam yang dicerita, dakwah, tarbiyah, sahabat-sahabat nabi, ikhwanul muslimin.... Banyak lagi benda yang salwani tak tau bila sembang2 macam ni... Sampai dia cakap okay ni ni ni homework, pi baca buku2 tulisan hassal al banna, fathi yakan etc... Hahahaha.... Terguling salwani dengaq... Lepas ni kena ada azam yang kuat kurang facebook, tidoq. Baik pi baca buku fikrah n buku medic. Amin.. Aminn..

Oaky tu pun intro... Tadi salwani tiba2 terfikir pasal perkataan IMAN. Kalau daripada apa yang kita selalu dengar kan iman tu meyakini dengan hati, diakui dengan lidah n diamalkan dengan perbuatan kan...



Pastu salwani pun terfikir beriman kepada hari akhirat... So kalau ikut maksud dia macam kita mengakui dengan hati dan lisan kita adanya akhirat which is ada juga syurga dan neraka, dan kita juga kena beramal sebaik mungkin la kan sebab kita yakin adanya akhirat.

So persoalannya kat sini, memang kita yakin n akui adanya akhirat.. Tapi sebenarnya tu tak mencukupi sebab apa al-Hassan al-basri kata:

"Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan dia oleh amal. Barangsiapa berkata (iqrar) baik padahal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah tolak perkataannya. Dan barangsiapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan dia oleh amalnya."

Okay tengok ayat ni pulak:

Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):51 - (yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka". Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.
Scary tak... Allah akan melupakan orang yang melupakan hari akhirat!!

So jom reflect diri kita selama 22 tahun hidup atas muka bumi kepunyaan Allah ni, adakah segala perbuatan kita kat dunia ni membuktikan diri kita meyakini adanya akhirat, syurga dan neraka?.. Tanya diri... Adakah perbuatan kita selama ni seperti apa yang Allah nak?... Adakah perbuatan kita selama ini seperti penghuni syurga atau neraka?

Time to reflect ourself buddies... Sempena maulidur rasul ni salwani sangat berharap, salwani dpt change diri salwani... Menjadi seseorang yang bila Rasulullah tengok, Rasulullah akan cakap salwani ni umatnya.... Itu sudah membahagiakan.

Salam maulidul rasul 😊

Saturday, 20 December 2014

Everything begins with tarbiyah

Everything begins with Tarbiyyah: http://youtu.be/QpNce3XQtyg

First time tengok video ni waktu daurah tarbiyah dzatiyyah. Second time semalam waktu mabit.

Sangat mendalam dan terkesan.

Nak kata kat sini, zaman sahabat dulu tu tarbiyah diri sendiri tu sangaat lah kuat.... Iman tu utuh... Hinggakan bila kita campak saja peribadi seakan abu ubaidah kat pulau yang takda orang Islam sekali pun, khalifah umar yakin, islam kat situ akan tersebar! Sebab orang-orang macam tu akan live as a practicing muslim dan akan sebarkan Islam.

Lain dengan kita sekarang. Campak kat tempat yang ada orang Islam pun, belum tentu lagi kita yang ditarbiyah ni akan kekal macam baik ja kan. Balik rumah pun tengok tv mengalahkan beruk first time dapat bunga.

Sunday, 7 December 2014

Quote 1

"Andai fasa individu muslim sahaja sudah menguji, apatah lagi fasa seterusnya." Ummu Afeera


Saturday, 6 December 2014

Psychiatry. Kisah. Pengajaran

Salam.
Sekarang ni salwani tengah dalam posting psychiatry, dan baru seminggu belajar. Secara general nya best tapi kena tau banyak sanngaatt bendaa... banyak term yang first time dengar..
Baru-baru ni dapat clerk satu patient yang ada schizo. Schizo ni salah satu ciri2 dia patient akan dengar suara orang yg bercakap-cakap dengan or tentang dia...
So nak dikisahkan seorang patient ni kisah dia sangat tragis la.. sangatlah social... bak kata dia "cakapla apa pun, minum arak, clubbing, merokok, mencuri, dadah, semua saya penah buat" ... "tapi saya bersyukur sebab saya pun dapat merasa bertaubat dan buat baik, saya penah rasa semua, Alhamdulillah"... waktu first dia dengar suara orang cakap2 tu, waktu dia baru habis clubbing, suruh dia taubat, suruh dia solat etc...
Dan sekarang ni sebab benda2 tu asyik cakap kat dia macam tu, waktu kami clerk patient tu, dia pun nasihat kat kami yang benda sama... bukan tu ja, dia cakap kita kena buat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu jugak, nasihat suruh tahajjud, nasihat suruh solat dhuha... dan bila macam tu, aku merasakn yang dia ni lagi baik dari aku....
Sampaikan salwani rasa simpati sangat sebab tak tau dosa2 yang dia buat sebelum ni macam mana, dia sempat tak bertaubat sungguh2? Kalau dia bertaubat dalam keadaan tgh sakit, adakah dikira taubat dia... benda2 macam ni bermain dalam fikiran bila clerk patient yg ada history mcm ni... kadang2 timbul persoalan kenapa ada orang yang diberikan nasib macam ni? Sedih.. bertambah sedih bila fikir sekarang ni dia dah jadi bertambah baik tapi tak tau adakah dosa yang sebelum ni diampunkan...
Dan yaaa aku tau yang semua benda yang terjadi ni untuk menjadikan pengajaran untuk kita yang masih terleka ni... tapi macam mana dengan kita, teguran dan nasihat Allah tu direct depan mata, melalui pesakit, bukan melalui pembacaan semata... persoalannya adakah kita masih leka dengan dunia? Tepuk lah hati salwani. Tanya diri.. sementara Allah benarkan kita dalam keadaan consciouss, alert n in good mental state ni, bertaubat lah semampu, buatlah kebaikan.. sebab aku sendiri tak tau, apa masa depan yang Allah letak untuk aku, sebab penyakit tu boleh macam2 keadaan...

Wednesday, 3 December 2014

Harta



sibuk mengejar harta hingga lupa diri ni akan berakhir ke kubur juga.
sibuk mengejar harta bagaikan harta itu yang dapat dibawa masuk ke dalam kubur.
bagaikan harta itu yang dapat membeli syurga.

tak dinafikan kemajuan dan kemodenan dan kemewahan dunia ni boleh membuatkan kita terleka.
kenaikan harga barang membuatkan kita sibuk mengumpul harta.
manakan ada yang sanggup hidup derita.
dan adakalanya tekanan hidup tak berharta membuatkan ada yang sanggup memilih jalan yang salah dengan mencuri dan menipu ketika berjual beli.
salah siapa? mungkin salah kita yang berharta. mungkin.

perlu diingat satu benda. harta itu adalah satu bentuk ujian.
kesenangan itu satu ujian.

".... kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." [3:185]
"Kamu pasti akan diuji dengan hartamu dan dirimu...." [3:186]

Wednesday, 12 November 2014

Kena terima

Bila kita suka dan syukur sebab Allah bagi keputusan yang baik, macam tu jugaklah kita kena jugak terima walaupun dapat keputusan yang bukan kita nak. Aku kena jugak percaya setiap apa yang diterima ni ada hikmah. Sebab setiap sesuatu yang terjadi mesti bersebab. Dah malas nak fikir exam paeds ni. Bnyk lagi kelemahan yg kena perbaiki... sangat banyak kelemahan T.T..

Monday, 20 October 2014

Money management

Salam. Okeh sangat poyo tau tajuk "money management" hahahaa... gaya macam hebat ja simpan duit. Padahal krik krik jugak. Tapi takpa, ni adalah azam awal muharam.
Dulu kalau tak silap salwani, salwani lah paling hebat simpan duit. Bab kedekut, ni haa nombor satu... huhuh. Ingat lagi waktu kecik2 dulu kalau dalam tangan ada 90 sen, usaha minta derma kat mak ataupun cari duit jatuh atas lantai untuk bagi cukup seringgit.... hailaaa itu kenangan.

Waktu zaman matrik adalah waktu permulaan salwani mula buat catatan perbelanjaan. Setiap kali keluarkan duit, mesti akan ambik resit tu dan lekat dalam diari.. dan kalau rajin catat apa beli setiap hari. Tapi selalunya tak rajin. Hahaha. Selalunya akan tulis bila rasa haritu dah banyak membazir ja... jadinya bila dah buat macam tu akhirnya Alhamdulillah dapat menabung rm 150 kalu tak silap akhir semester. Sedangkan kalau yang tak merancang, duit tu tak kan dapat ditabung.
Ok sekarang ni, ni perancangan salwani. Refer gambar bawah ni ok.



Rancangannya: 6350(biasiswa) -2000(yuran) =4350
4350÷6bulan = 725 (each month)
Bajet tabungan 200 utk setiap bulan
725-200=525
So belanja setiap bulan rm 525..
Entah boleh entah tak logik. Tapi kalau tak logik sebab sekarang ni tinggal kat bandar, kurangkan la sikit hasil tabungan. Asalkan ada simpanan. 

*sebenarnya kalau tak nak tolak 200 tu pun xpa, sbb yuran tak smpai 2000 pun. Tp disebabkan nak kawal betul2 perbelanjaan, kena bersedia la. Kalau memang dh tak mampu nak kawal ja, terpaksa melanggar perjanjian perbelanjaan ni*

Dalam menabung jangan lupa untuk yang fakir miskin. Prof muhaya ada penah cakap, untuk melatih kita setiap hari buat kebaikan adalah dengan sediakan satu tabungan khas buat orng yang susah. Cukup la sehari masukkan dalam tabung tu 10 sen. Setiap pagi, bangun, masukkan duit. Kiranya macam setiap pagi at least ada something amal kebaikan yang kita fikirkan dan buat. Duit derma tu bila nak keluar jalan2 bawa la seringgit, boleh bagi kat sapa2 yang meminta sedekah.

Okeh tu aja. Selamat menabung. Kalau dah kaya jangan menghina si miskin. Sebaliknya bantu la. Peace! Assalamualaikum :)

new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...