expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 12 November 2014

Kena terima

Bila kita suka dan syukur sebab Allah bagi keputusan yang baik, macam tu jugaklah kita kena jugak terima walaupun dapat keputusan yang bukan kita nak. Aku kena jugak percaya setiap apa yang diterima ni ada hikmah. Sebab setiap sesuatu yang terjadi mesti bersebab. Dah malas nak fikir exam paeds ni. Bnyk lagi kelemahan yg kena perbaiki... sangat banyak kelemahan T.T..

Monday, 20 October 2014

Money management

Salam. Okeh sangat poyo tau tajuk "money management" hahahaa... gaya macam hebat ja simpan duit. Padahal krik krik jugak. Tapi takpa, ni adalah azam awal muharam.
Dulu kalau tak silap salwani, salwani lah paling hebat simpan duit. Bab kedekut, ni haa nombor satu... huhuh. Ingat lagi waktu kecik2 dulu kalau dalam tangan ada 90 sen, usaha minta derma kat mak ataupun cari duit jatuh atas lantai untuk bagi cukup seringgit.... hailaaa itu kenangan.

Waktu zaman matrik adalah waktu permulaan salwani mula buat catatan perbelanjaan. Setiap kali keluarkan duit, mesti akan ambik resit tu dan lekat dalam diari.. dan kalau rajin catat apa beli setiap hari. Tapi selalunya tak rajin. Hahaha. Selalunya akan tulis bila rasa haritu dah banyak membazir ja... jadinya bila dah buat macam tu akhirnya Alhamdulillah dapat menabung rm 150 kalu tak silap akhir semester. Sedangkan kalau yang tak merancang, duit tu tak kan dapat ditabung.
Ok sekarang ni, ni perancangan salwani. Refer gambar bawah ni ok.



Rancangannya: 6350(biasiswa) -2000(yuran) =4350
4350÷6bulan = 725 (each month)
Bajet tabungan 200 utk setiap bulan
725-200=525
So belanja setiap bulan rm 525..
Entah boleh entah tak logik. Tapi kalau tak logik sebab sekarang ni tinggal kat bandar, kurangkan la sikit hasil tabungan. Asalkan ada simpanan. 

*sebenarnya kalau tak nak tolak 200 tu pun xpa, sbb yuran tak smpai 2000 pun. Tp disebabkan nak kawal betul2 perbelanjaan, kena bersedia la. Kalau memang dh tak mampu nak kawal ja, terpaksa melanggar perjanjian perbelanjaan ni*

Dalam menabung jangan lupa untuk yang fakir miskin. Prof muhaya ada penah cakap, untuk melatih kita setiap hari buat kebaikan adalah dengan sediakan satu tabungan khas buat orng yang susah. Cukup la sehari masukkan dalam tabung tu 10 sen. Setiap pagi, bangun, masukkan duit. Kiranya macam setiap pagi at least ada something amal kebaikan yang kita fikirkan dan buat. Duit derma tu bila nak keluar jalan2 bawa la seringgit, boleh bagi kat sapa2 yang meminta sedekah.

Okeh tu aja. Selamat menabung. Kalau dah kaya jangan menghina si miskin. Sebaliknya bantu la. Peace! Assalamualaikum :)

Sunday, 28 September 2014

Random 1

Assalamualaikum.

kadang-kadang rasa sangat jelous kan bila dapat tau ada seseorang tu keliling dia semua orang baik-baik. no wonder la dia pun baik.

contoh terdekat adalah kak aulia 5th year kat sini. waktu usrah ja, dapat la dengar cerita dia. haritu, bila kak adlin tanya macam mana mutabaah amal untuk bacaan islamik, kak olie kata yang tu ok/terlaksana. kak olie pun cita kadang-kadang petang2 dia dengan kawan-kawan akan baca buku islamik yang berlainan. lepastu share apa yang dapat.

benda tu adalah something yang sangat best la bg salwani if we have a friends yang boleh cakap about islamic things dengan kita. sebab kalau benda-benda medic ni, kat kelas dah dengar, kat ward pun bcakap pasal tu, kat bilik pun. and sometimes kita perlukan something yang really different utk didengar. and I'm not blaming my friends pun sebab tu, but I'm blaming my self sebab tak dapat jadi that kind of friends. rasa diri sangat tak benefit untuk orang lain. yeah, actually ada banyak ja untuk dikongsi. tapi untuk memulakan sesuatu tu perlu a big step. and a big step tu bukannya mudah. sama contohnya susah untuk kita kata assalamualaikum berbanding  saying bye to someone bila kawan kita tu dh smpai tempat yang dia nak tuju. bila sesuatu tu dah become norm, it is really difficult to change. tp tau ia bukanlah impossible kan.


yep! this bookmark ziera yang bagi tadi. my housemate. simple but really meaningful and sweet. thanks ziera :) nanti salwani kena buat jugak ni inshaAllah. balasan.
"Sometimes Allah taala takes everything from you so that you may turn to Him, Sometimes Allah taala places certain people who let you down in ur life to teach you that you should never depend on anyone but only HIM. Allah S.W.T never let you down."
oh! i just noticed that, lately asyik luah perasaan ja kan kat blog ni. hahahhaa

Friday, 26 September 2014

sesuatu

Nak berubah tu bukan satu benda yang mudah. Perlu kekuatan dan perlu ambil tak kisah apa orang nak cakap. Sebab yang menilai kita bukan manusia. Tetapi yang punya kuasa, Allah. Kita mahu Allah mengira kita sebagai hambaNya yang terbaik dan yang diredhai. Kalau nak mengharapkan pandangan manusia. Berhentilah. Hati manusia itu tak selamanya akan pandang kita dengan perkara baik. Hati manusia itu berbolak balik. Begitu jugaklah kita. Kita pun bukan totally baik. Kita sendiri pun dalam proses perbaiki diri. Rugilah orang yang masih berada di takuk lama sedangkan rakan yang lain telah lama melangkah jauh.

Tuesday, 16 September 2014

postdaurah

untuk membuangg betul-betul benda yang tak penting dalam hidup tu memenag bukan perkara yang mudah. contohnya  facebook, instagram, tweeter, gaming dan kalau ada yang suka shopping tu, shopping la samapai lama-lama beli benda yang puas smpai habis masa dan wang. sangat la membuang masa sampai adakalanya nak study pun tak sempat. bukannya sebab pegi buat benda-benda berfaedah, tapi sebab buat benda-benda tak berfaedah. rugi. dan benda ni bukanlah satu benda yang patut ada dalam diri kita as individu muslim. dan bagi salwani sendiri pun, salwani akui susah dan memang bukan mudah untuk buang dalam hidup benda ni seratus peratus sebbab kita memang akan kena bukak pun sebab nak tahu any update yang penting-penting dan sebab salwani pun alami masalah yang kronik ni. apa-apa pun, kita mesti kena mujahadah. lawan dan lawan. dan memang orang dah cakap mujahadah itu pahit. nak rasa pahit tak pahit kena cuba. sebab akhirnya ramai yang cakap manis kan. okeh sudah. semngat pegi daurah harini tengah berleluasa. hahaa.. jadi biarkan salwani menconteng saja. tajuk dah mcm post-oncall okehhh... hahha

Sunday, 31 August 2014

Lelaki Itu



Lelaki itu
dulunya,
seorang yang peramah
mudah menyapa dan disapa
menggembirakan sesiapa bersamanya
kini,
mudah mendiam
hanya selesa melihat gelagat
entah apa yang difikir
mindanya seakan kosong
hanya memandang jauh

Lelaki itu,
dulunya
selalu menyambut kepulanganku dengan gembira
pelbagai soalan yang ditanya
kininya
aku yang terpaksa berpura-pura gembira
untuk menggembirakannya
aku yang bertanya hanya mau dia berbicara

Lelaki itu,
dulunya, cergas menaiki basikal
berjalan melawat rakan-rakan
kininya,
hanya mampu terlantar di katil
dan hanya kadang-kadang duduk
menanti saudara yang datang melawat menceriakannya

Lelaki itu,
dulunya selalu gembira
menceritakan kejayaan anak cucunya
pernah kami adik beradik melarang 
janganlah dicerita selalu
demi melarikan diri dari riak
kininya 
bila lelaki itu selalu mendiam
barulah aku sedar
raikanlah keluargamu
jagalah hatimu
kerna masa itu takkan berulang

Lelaki itu
adalah guruku
tok wan ku
keluargaku

***

"aduh! aduh!" rungut wan pabila sakit menikam lutut.

"sabarlah, kita tu dah lama Dia bagi sihat" nasihat si isteri 

<3





Tuesday, 26 August 2014

Cemburu

salam

kadang-kadang terdetik dalam diri perasaan cemburu bila tengok orang lain dapat itu, dapat ini tapi kita tak dapat apa-apa pun... perasaan tu bukan kita yang nakkan, tapi ia hadir... dan kadang-kadang bila terjadi mungkin perlu lebih banyak istighfar... sebab perlu ingat siapa yang beri rezeki, Allah... adakah kita merasakan rezeki yang Allah beri kepada seseorang itu tidak adil.... ingatla Allah itu selamanya adil... siapa kita untuk tentukan dia tak patut dapat itu, dia tak patut dapat ini...

dan bilamana kita kata kita sayang sahabat, jangan cemburu atas apa yang dia dapat... sebab tu rezeki dia... dan bila bercerita tentang cemburu, teringat akan hadis 13-persaudaraan, iman & islam.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Bagindabersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kasihnya kita buat sahabat tu sehinggalah kita sendiri merasakan apa yang terbaik kita dapat tu, kita nak juga kawan kita dapat. jadinya kalau kita cemburu tengok kawan kita dapat yang terbaik walaupun time tu kita tak dapat benda tu, kiranya belum cukup kasih la kan. heh. 

dan menurut apa yang diceritakan kak lin, bukanlah tak kasih sahabat tu tandanya kita tak beriman, tapinya iman tu masih belum cukup sempurna. so, sekarang ni belajarlah berkasih-kasihan... hahaaa

dan nak cerita kat sini jugak, ni antara tanda-tanda hilang rasa cinta sesama saudara:

 1. kita nak nikmat yang saudara kita dapat tu hilang darinya dan berpindah kepada kita

 2. kita nak nikmat yang saudara kita ada tu hilang

 3. kita tak nak nikmat tu hilang darinya, tapi kita cemburu lihat dia ada nikmat tu.

*nanti kena re-check balik sebab buku rujukan tak bawak balik, tapi gedik nak menulis*

jadinya perlu reflect balik diri sendiri, ada tak tanda-tanda tu kat kita... huhuh.. susahkan.. takpa. takpa. practice sayang sahabat. saudara... cuba untuk suka apa yang saudara kita dapat, walaupun waktu tu mungkin belum cukup ikhlas untuk suka. tapi kuasa yang Maha Esa kan, mana tau lama-lama tanpa sedar paksaan tu menjadi ikhlas :) 

dari saya,
hamba yang mencuba memandang saudara
dengan penuh kasih dan sayang.


*****

akhirnya dah berkarat blog ni, sebab dah lama tak menulis. hati karat mungkin. fuhhh



new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...