expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 13 April 2014

Semester 1 Tahun 3

Alhamdulillah berakhir semester 1 tahun ni. Banyak sebenarnya yang aku pelajari. Tapi perkara yang memberi impak adalah hari-hari terakhir semester. Waktu exam. sangat.

Long case dapat DKA, seriously sangat tak jangka. DAN TAK BACA! ==' mengharapkan penah baca waktu sebelum pro exam 1, pernah dengar Sha explain DKA kat aku waktu ward round, pastu penah baca sikit sebelum exam teori. baca just nak tahu basic things about DKA ja. x lebih dan x kurang. physio malas ambik tau. pfftt ==' .. tup tup dapat . menangis tak berlagu waktu nak tanya patient tu, nak buat PE lagi. Lepas habis ambik history terus aku dibawa ke bilik untuk jumpa doktor. sampai-sampai tempat tu, orang yang sebelum aku baru ja keluar dari bilik sambil buat muka sedih dan masam.. pastu cakap "dr bahariah"!!

time tu jantung rasa macam melompat jatuh bawah. serious! apa ja yang aku ada untuk tunjuk kat dr ilmu aku. sikit! mesti dr sedih. supervisor sendiri kut :(

***

Keesokan harinya waktu tengah landing atas katil sambil baca buku, aku terperasan satu nota yang aku lekat dekat dinding. baru aku perasan, tu nota physio DKA!!! dan barula aku faham, kenapa Allah takdirkan aku dapat patient DKA. selama ni aku ambil sambil lewa ja dengan nota tu. dulu ja aku ingat. sekarang aku lupa. walaupun nota tu aku nampak ja malam-malam tapi tak pernah teliti. betapa teruknya.

Situasi aku tu dapat aku kaitkan dengan kehidupan seharian kita. umpamanya al-quran itu tersisip kemas ja kat rak. Tapi, tak pernah disentuh apalagi dibuka. ataupun kita selalu ja baca al-quran yang ada tafsir tu, tapi, tak pernah tengok maksud ayat dia apa... kalut nak kejar masa belajar, masa main... sampai tak teliti maksud ayat tu... ini selalu jugak jadi kat aku, bilamana dah terlalu mengejar masa ataupun mengantuk, membuatkan aku kurang hayati maksud ayat yang dibaca...nanti bila akhir zaman barulah  nak menyesal, kenapa aku tak belajar al-quran ni betul-betul... time tu baru merasa malu pada Allah bilamana Al-Quran itu sentiasa terletak namun tak pernah dibuka apatah lagi dihayati maksudnya, dan akhirnya tak pernah tau apa cerita di dalamnya. malu!


************

sehari sebelum keluar result exam, aku tertarik dengan satu surah ni dan memang time tu pun memang kebetulan akan baca page tu.. maksud ayat dia aku kurang faham... ada something yang membuatkan aku tertanya-tanyaa.... begini: 

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan kamu melihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat". (QS an-Nashr: 1-3).
 
dari sudut pandangan aku yang memang tak tau apa-apa ni, memang aku rasa pelik. Bagi aku, kenapa pulak tetiba kena mohon ampun, taubat bagai lepas Islam menang, manusia masuk agama Allah dengan ramai... ok, kira bertasbih memuji tu macam sesuai la kan, tapi aku kurang paham bab kena bertaubat tu... salah apa pulak...... ya la, aku memang tak tau.. takleh fikir time tu.. pastu aku pun biarkan ja la persoalan aku tu dengan tutup al-quran... tapi hati masih penuh tanda tanya...

then, aku tak tau kenapa, waktu asar macam tu, tetiba rasa macam nak buka buku rujukan, Khowathir Qur'aniyah... mungkin rasa berdebar sebab esok tu result keluar. mungkin. so, nak tenangkan hati mungkin.. mulanya aku teliti penjelasan surah at-tin, sebab nak tau cerita disebaliknya(macam unik ja kan ambik nama buah tin)... lepastu, mungkin takdir, dipertemukan dengan penjelasan surah an-nashr yang aku keliru tu... mari aku tuliskan balik penjelasan dia. mashaAllah, sangat menjawab persoalan aku.

"Apa korelasi istighfar dalam surat ini dengan kemenangan Islam dan kejayaan kaum muslimin? terkadang orang yang menang terjangkiti rasa kagum pada diri sendiri dan terlihat sombong, sebagaimana yang sering dijumpai pada para pemimpin di sepanjang masa. Oleh kerana itu, kemenangan harus disambut dengan pujian atas nikmat, agar selalu teringat pada pemberian-Nya. Selain itu, mohon ampun dari kelengahan mensyukuri Dzat yang memberi nikmat. Dua hal yaitu syukur dan istghfar, tidak hanya menjaga amal dari kesia-siaan, tetapi juga menjaga hati setiap hamba dari kesombongan dan keangkuhan"

Terus rasa al-Quran tu sangatlah cantik isinya.... banyak yang kalau tak diteroka, takkan difahami dek akal yang malas nak berfikir macam diri sendiri ni... huhuh... kena pulak dengan esoknya result pro 2 waktu tu... terus terasa macam tu nasihat direct Allah kat aku... Allahuu.. cantik susunannya....


******

yeah! esok aku akan pulang ke kedah. doakan perjalanan selamat sampai jumpa famili :)
mohon maaf semua andai ada salah silap ^^

Al-Quran, a love letter from Allah S.W.T

Sunday, 30 March 2014

Lelahnyaa la belajar!


Huhh! 
Minggu study week ni memang menguji. Dah la pemalas! Mengantuk pulak tu.. Baca sikit dah letih. Penat nak kena ingat semua benda. bila penat mula la nak relax buka facebook.. Bila bukak facebook, asalnya nak rehat-rehat ja, tapi rehat lama pulak. ==' Scroll smpai puas hati. Bukannya ada apa pun. tapi ntah, apa yang best pun tak tau... Kalau tak bukak facebook, start la main game dots. 





Game simple ja. Tapi, lagi tak kalahkan diri sndiri, rasa tak puas hati.. Dahtu main lama pulak tu sebab tak puas hati kat markah sendiri yang tinggi! =='  kalau dah duduk lama atas kerusi, mula la pulak sakit belakang.. Pastu salahkan diri sendiri "tu la, mak dah kata dulu, betulkan posture, kan sekarang dah sakit"... Pastu start laaaa ... Adakah sebab spinal cord compression? ==' 

****

Okeh2 back to the track, kita ni senang sangat kan rasa best dengan benda2 lagha.. Yes! Untuk sekejap tu tak pa, tapi kalau dah sampai hampir sejam main game dots tu, errr.... sudah di katakan yang syaitan akan menjadikan setiap perkara yang tak baik tu kelihatan indah di mata kita kan... Tapi masalahnya kenapa kita still nak ikut. why?


Ia (iblis) berkata ‘Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.” [15:39]


Masalah sapa tu.. Syaitan dah seronok kita ikut dia. yep! Masalah diri sendiri. Tak dapat mengawal diri, akhirnya tumbang. Masalah sebab tak praktis 10 muwasofat tarbiyah... fuhhh! Antara point muwasofat tarbiyah tu adalah seorang individu muslim tu perlu menjaga masa, perlu melawan nafsu, perlu tersusun urusannya, luas pengetahuan!!

Okeh! macam kena tembak! Sekarang dok tengah cermin hati.. Banyak masalah aku ni. Iman. Iman.

Jugak dikatakan oleh Imam Syafie- "Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan"

Apa yang aku nampak daripada kata-kata tu adalah,  maksudnya lainnya selain yang jelas tu (ok, paham dak ntah), bukan aku saja yang merasai peritnya belajar tu, betapa peritnya menghafal tu.. Tapi ramai lagi orang yang merasai benda yang sama.. mungkin orang orang zaman dulu pun sama, zaman sahabat sahabat nabi pun sama, rasa perit dan susah menuntut ilmu... Tambah tambah dulu lagi la kan.. Susahnya belajar.. tapi mereka berjaya jugak kan..
 
So, farahsalwani, jangan la kata kau sorang ja yang letih, semua orang pun mesti letih.. Tapi diorang tetap teruskan menuntut ilmu.. aku pun mesti kena macam tu!

Jadi ayuh! Bangun dari zon selesa, pi duduk kat meja study, bukak buku, baca doa, start study!!!

Bismillah.

ihsan

:D

ihsan

Tuesday, 25 March 2014

#7


everything... anything... start with bismillah and lillahitaa'la

Friday, 21 February 2014

Memorabilia belajar solat

Teringat kisah dulu-dulu
waktu mula-mula nak belajar solat
wan lah tukang ajar baca al-fatihah
ayat-ayat lazim, iftitah

mak pulak,

saya: dik ah tak reti laa sembahyang

mak: ok, dik ah sembahyang, mak tunggu kat belakang

saya: okeh, mak bagitau tau kena baca apa!

**mula solat

Saya: Allahuakbar!

Mak: ok, baca Allahuakbarukabira

Saya: Allahuakbarukabira walhamdulillah....

Mak: baca Alham

Saya: Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillahirabbila'lamin......

tiba-tiba***krikk...krikkk..krikkk**

Saya: *sambil pusing kepala kut belkang tgk mak* makkk!! lepas tu baca apa pulak?

Mak: hahahhaaha.. awat tengok mak?

****

teringat kisah waktu awal-awal belajar solat
lawak. boleh pulak pusing belakang
heran mak tak bagi arahan kena baca apa pulak.
haihh kenangan.
memorabilia
:)

link
   

this is how upin & ipin perform their solat.
hahah.. soooo cute!



Saturday, 25 January 2014

Pergi

mati itu pasti.
untung sebenarnya orang yang tau ada penyakit tu kan
boleh bersedia
dapat sentiasa ingat
kematian itu bila-bila masa.
walaupun yang benar itu pahit
sukar ditelan
tapi ingatlah apa yang Allah aturkan itu bukannya sia-sia
Dia maha mengetahui
siapa kita untuk mempersoalkan mengapa

buat kita kita yang belum bersedia untuk mati
fikirkan kenapa tak bersedia
ya, aku juga belum bersedia
dulunya pernah aku terfikir
benarkah Islam itu agama yang benar
seperti not-yet muslim
tercari-cari kebenaran
melihatkan ayat-ayat al-quran
aku yakin ini agama yang benar
penceritaannya indah
patutlah al-Quran itu mukjizat Nabi Muhammad
kekal abadi

***

aku mengagumi sahabat-sahabat terdahulu
sentiasa bersedia untuk mati
keimanan mereka terhadap Islam itu utuh

ikuti kisah sahabat bernama al-bara' bin malik al-ansari
kagum sangat
si pemburu kematian
cita-citanya hanya satu
syahid di jalan Allah

Al-Bara’ berteriak memanggil kaum Ansar, ‘Wahai kaum Ansar, Jangan kalian berfikir-fikir hendak kembali ke Madinah. Tidak ada lagi Madinah sesudah hari ini. Ingatlah kepada Allah semata-mata...kemudian kepada syurga.”
malangnya dalam perang di kebun maut
al-bara' tak memperoleh syahid
sedangkan waktu tu badannya penuh dengan tikaman
kecewanya al-bara' pada waktu tu

kemudian dengan rasa bersemanagt
beliau melibatkan diri dalam banyak perang
hinggalah perang yang terakhir, perang Tutsar
Allah memperkenankan doanya

syahidnya untuk menolong Islam
syahidnya demi menyelamatkan saudaranya, Anas bin Malik
lihatlah kecintaan al-bara' terhadap saudaranya melebihi cinta buat dirinya.
Allahu.. terkesima
pergi dengan keadaan senyum bahagia

***

bukankah kita juga inginkan kematian yang tenang sahabat2?
ayuh! hijrah!!
sedikit demi sedikit
lama-lama bercambah
:)

--------------------------

*pesan - muhasabah diri selalu, everyday
            - ingat, masuk syurga tu bukan semata2 dilihat dengan kita buat banyak pahala, tapi                                         dengan rahmat Allah. buat dengan ikhlas. niat itu penting. Allah lihat usaha :)

                           

.

Tuesday, 21 January 2014

Takut & Sedih

dulunya kita seakan melihat zaman sebelum ni seperti jahiliyah
terutama sekali bilamana semakin ramai yang berduyun-duyun masuk Islam sekrang ini berbanding sebelumnya
semakin ramai kita lihat mula mencari ataupun pulang mencari Islam
kita seakan seronok sebab gembira.

tapi
kadang kadang aku sedih
secara amnya memang kita tengok macam ramai mula kembali kepada fitrah
tapi
semakin ramai jugak pada pandangan aku
masih tak dapat menerima Islam
masih teruk dengan sosial
sangat teruk

cuba kita
keluar dari zon selesa
lihat dan buka mata.

takut

masalah bertambah
dalam kalangan Islam sendiri
ustaz menuduh ustaz
dia wahabi, dia syiah, dia sesat
apa ni?
jemaah
jemaah ni sesat!
bergaduh antara jemaah..
apakah?

solusi?

dunia benar mahu kiamat


#bilamana aku benar takut. aku hanya bisa menekan papan kekunci tanpa berfikir dan biar ianya meluncur laju sepeti yang aku fikir. aku tak tahu samada ilmu aku terlalu kurang untuk bercakap tentang semua ini. yang aku takut, dunia ini.

Friday, 17 January 2014

[Reblog] amal soleh mesti melalui 8 tapisan

Reblog from http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/07/13/amal-soleh-mesti-melalui-8-tapisan/

Ringkasan dari Hadis Muaz dengan Rasulullah SAW tentang Isra’ dan Mikraj:

1-Apabila amal soleh melalui langit pertama, Malaikat akan menilai agar amal soleh tersebut suci dari nilai-nilai Ghibah, atau mengumpat.

2-Apabila amal soleh tersebut berjaya melalui langit pertama, maka  Malaikat dilangit kedua telah ditugaskan agar amalan tersebut suci dari nilai-nilai Matlamat dunia, jika amalan terebut suci dan selamat dari sifat-sifat matlamat dunia , maka dibenarkan  meneruskan perjalanan dan akan naik ke langit ke tiga.

3-Semasa amal soleh tersebut melalui langit ketiga, Malaikat akan menilai dan menapis amalan tersebut agar suci dari sifat bangga diri.

4-Apabila amalan tersebut tidak memilki unsur-unsur bangga diri, maka amalan tersebut akan dibenarkan melangkah ke langit kelima, semasa amalan soleh melalui langit kelima, Allah SWT mengarahkan agar amalan tersebut dinilai agar  suci daripada nilai-nilai hasad.

5-Apabila amalan tersebut berjaya melepasi langit keempat, amalan soleh akan melalui langit kelima, semasa dilangit ke lima , amal soleh akan dinilai agar suci daripada sifat Ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.

6-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ke  lima, amal tersebut akan melalui langit keenam, semasa amal soleh melalui langit keenam, Malaikat yang bertugas dilangit keenam akan menilai agar amal soleh tersebut  mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam semua perkara.

7-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit keenam, maka amal soleh tersebut akan diarak oleh ribuan para malaikat sehingga mengeluarkan bunyi seperti lebah dan apabila sampai dilangit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut suci daripada sifat Riya’, iaitu amal soleh yang tidak disertakan dengan harapan agar amalannya diiktiraf oleh manusia serta disanjung dan diagung-agungkan.

8-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ketujuh, amal soleh tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT. Malaikat berkata kepada Allah SWT dengan kata mereka : Ya Allah inilah amal yang terbaik yang telah melepasi segala tapisan, tetapi Allah SWT berfirman : Sesungguhnya masih ada lagi tapisan yang perlu dilakukan kerana Aku lebih mengetahui sesuatu amalan yang terbaik ” Maka Allah SWT akan  menilai agar amal soleh tersebut dilakukan adalah benar-benar Ikhlas demi Allah SWT”, setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana Ikhlas kepada Allah SWT, Maka Allah SWT bersetuju memberi pahala dan dimasukkan kedalam Syurga.

Nota: Setiap amal soleh yang tidak melepasi tapisan-tapisan para Malaikat, amal soleh tersebut akan dihumban ke muka pemilik amal soleh tersebut.

Sumber Rujukan:
Imam Abdullah bin Al Mubarak lah.a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin (hati) yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman.” (Surah Yunus: ayat 57).



new chapter of my life

Setelah 6 bulan menyepi. So lets start with this. Assalamualaikum Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahma...